I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, October 20, 2010

Kreatif Yang Negatif

Salam semua.

Antara kaedah untuk menjadi seorang yg kreatif ialah menggalakkan diri untuk mencuba sesuatu yg kreatif selagi tidak menyusahkan org lain. Malangnya semalam, lebih kurang pukul 2.43 petang seorang wanita India telah menelefon cikgu, katanya daripada Customer Service. Tujuannya untuk mengesahkan sama ada kad debit cikgu masih valid atau sebaliknya. Dia menyebut nama cikgu dengan tepat sekali, jenis kad yg cikgu gunakan dan 8 nombor pada kad cikgu. Kemudian meminta cikgu memberitahu tarikh luput kad. Tanpa mengesyaki sesuatu, cikgu memberitahu tarikh tersebut. Tetapi apabila dia meminta untuk cikgu membacakan 8 nombor seterusnya yang tertera pada kad itu, Allah melemparkan rasa was-was. Cikgu mula bersoal jawab dgn pemanggil itu untuk mengetahui siapa sebenarnya. Cikgu nyatakan kebimbangan tentang senario penipuan kewangan secara maya. Tanpa diduga pemanggil itu mula marah-marah dan terus menamatkan perbualan. Selepas itu cikgu semak semula nombor pemanggil itu. Tiada nombor yg tertera, sekadar perkataan 'Blocked' sahaja.

Kemusykilan cikgu:
Bagaimana orang boleh akses maklumat kewangan cikgu?
Sejauh mana pihak bank merahsiakan maklumat perbankan pelanggannya?
Apakah ada saluran untuk menyalurkan aduan jenayah siber ini?
Adakah tindakan susulan diambil terhadap aduan pelanggan?

No comments:

Post a Comment