I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, October 21, 2010

Hati-Hati

Salam semua.

Cikgu sudah telefon pihak bank berkaitan dengan penipuan yang cikgu paparkan dalam post sebelum ini. Perbualan cikgu dengan wanita India yang cuba menipu itu cikgu luahkan kepada pegawai bank tersebut. Rupanya jenayah siber melibatkan perbankan seperti ini telah lama wujud. Penjenayah tersebut kebanyakan sekadar menelefon mangsa secara rawak meskipun mangsa tidak mempunyai akaun dengan bank tertentu. Sesuatu yang tidak dapat dinafikan, penjenayah ini mempunyai kemahiran komunikasi yang halus sehingga mangsa tidak menyedari maklumat perbankan telah didedahkan tanpa paksaan. Mereka 'psycho' dengan ayat dan soalan yang tersirat, seolah-olah mereka mempunyai info kita padahal mengandungi unsur untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki daripada mangsa.
Pegawai bank berkenaan menasihatkan supaya tidak melayan sebarang panggilan telefon/sms/email yang meminta maklumat perbankan.

Jadi, hati-hati ya. Dunia canggih, penipuan juga canggih.

No comments:

Post a Comment