I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 2, 2012

Belajar Itu Ibadat


Macam biasa. Menjelang minggu peperiksaan, anak-anak didik cikgu menjadi mesra buku, mesra guru, mesra pusat sumber dan macam-macam mesra lagi. Ibu bapa, termasuk cikgu sendiri mula menunjukkan ketegasan dalam urusan pembelajaran anak-anak. Guru-guru termasuk cikgu sendiri mula memberikan soalan-soalan latihtubi berbentuk model peperiksaan sebenar. Kepentingan berada di mercu kecemerlangan diulang-ulang pada setiap kali perhimpunan dengan pelajar. Sasaran gred purata sekolah diterap dalam minda setiap warganya.
BELAJAR UNTUK HADAPI PEPERIKSAAN??? Di mana salah kita? Sejak kecil, cikgu sebagai murid, memang itulah yang cikgu faham (salah faham). Sekarang cikgu dah bergelar pengajar dan sudah hampir 20 tahun bergelumang dalam dunia pendidikan, cikgu masih tidak berhasil untuk menukarkan persepsi ini. Agak mencabar untuk menanamkan dalam minda setiap anak-anak bahawa BELAJAR ADALAH IBADAH, BUKAN SEKADAR UNTUK PEPERIKSAAN. BELAJAR AMALAN PARA NABI, BELAJAR AMALAN MULIA, BELAJAR MEMBUAHKAN PAHALA, BELAJAR MENAMBAH ILMU. ILMU MEMBEZAKAN DARJAT MANUSIA. DENGAN ILMU KITA AKAN LEBIH DEKAT DENGAN-NYA. CEMERLANG DUNIA CEMERLANG AKHIRAT.


Saturday, April 23, 2011

Profesion Serba Boleh

Assalamualaikum WBT.

GURU : Profesion yang sering dikaitkan dengan 1001 macam kerjaya lain. Seingat Cikgu, antara tugasan sampingan yang dilakukan oleh seorang guru adalah:

1. Pengamal Perubatan (pelajar asrama yang sakit dan nak ke klinik diperiksa oleh cikgu dahulu
sebelum diberi kebenaran kerana ada pelajar yang tidak segan silu menipu gurunya)

2. Interior Designer (menyusun atur kerusi meja, rak, kaunter, sofa dalam perpustakaan/bilik
mesyuarat, dewan dll)

3. Hakim (mengadili pertelingkahan yang berlaku antara pelajar atau rakan sejawat)

4. Tukang cat (mengecat kelas/bilik-bilik khas/mural)

5. Jurugambar (mengambil gambar setiap peristiwa/program sekolah)

6. Wartawan (menulis dan menghantar warta sekolah ke akhbar)

7. Ahli Perniagaan (mencari dana dengan mengadakan jualan-jualan)

8. Artis (terpaksa menyanyi/berlakon/menari semasa melatih pelajar membuat persembahan
atau guru sendiri diminta membuat persembahan)

9. Kerani (menaip dan menghantar surat untuk pelbagai tujuan)

10.Pemandu (membawa pelajar untuk sesuatu pertandingan menggunakan kenderaan sendiri)

11.Ibu bapa (terutama bagi pelajar asrama)

12.Ahli Sukan (terutama bagi guru penasihat kelab/permainan)

13.Badut (guru tadika/sekolah rendah)

14.Kaunselor (semua guru adalah kaunselor yang hebat)

15.Jurudata (me'key in' data pelajar/peperiksaan, menganalisis, menyimpan)

16.Tukang kebun (menguruskan tanaman di Taman Herba dan menghijaukan sekolah)

17.Jaga (guru diarahkan untuk bertugas sehingga waktu malam pada tarikh-tarikh tertentu)

Bersambung...

Sunday, March 6, 2011

Pulanglah Saliha

Assalamualaikum wbr semua

Alhamdulillah, buah tangan sulung Cikgu dalam bentuk novel telah berjaya diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd. Novel ini genre MISTERI BERSULAMKAN TARBIYAH. Jangan lupa rasai sentuhan novel yang sarat dengan:

1 misteri dalam setiap bab
2 pengalaman ngeri
3 nilai-nilai tarbiyah
4 unsur khurafat dalam perubatan tradisional
5 keajaiban molekul air dalam perubatan Islam
6 kelemahan perubatan moden dalam menangani kegersangan rohani
7 pendekatan reverse psikologi imam tua terhadap kanak-kanak
8 dakwah nilai sejagat kepada golongan bukan Islam
9 perpaduan
10 info bermanfaat
11 resepi turun-temurun
12 macam-macam lagi

Ikuti juga temu bual Cikgu berkenaan novel ini bersama Radio Ikim.fm dalam slot Mesra Bersama Anis pada 3/3/2011 jam 6.15 ptg. Nanti Cikgu uploadkan ya...



Monday, February 28, 2011

Allahumma solli 'ala Muhammad... Jom Sayang Nabi

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Setiap kali Cikgu masuk ke kelas, pelajar Cikgu mengucapkan salam dan mengalunkan doa penerang hati dan diakhiri dengan selawat ke atas junjungan Rasul S.A.W. Segelintir anak didik Cikgu hanya mendiamkan diri serta berdiri sambil lewa ketika ibadat itu dilakukan. Mungkin telah dikategorikan sebagai adat atau rutin sebelum memulakan kelas.
Cikgu tidak senang hati dengan pelakuan begitu. Lantas Cikgu menegur lembut.

"Adakah masa yang lain yang kita peruntukkan untuk berselawat ke atas nabi, sedangkan amat besar pengorbanan nabi menyampaikan kalimah tauhid kepada kita?"

"Tidakkah anak-anak sedar bahawa sekali kita berselawat ke atas nabi, Allah dan para malaikat akan berselawat(mendoakan kebaikan) sepuluh kali kepada kita?"

"Tidakkah anak-anak sedar bahawa bilangan malaikat melebihi bilangan makhluk lain dan doa malaikat adalah doa daripada makhluk ciptaan Allah yang sangat taat beribadah."

"Tempat yang paling disukai malaikat adalah majlis-majlis ilmu, ramainya bilangan mereka yang mendoakan kita ketika itu, jadi berselawatlah."

"Antara umat yang akan mendapat syafaat nabi adalah mereka yang banyak berselawat ke atas baginda."

Jom Selawat. Allahumma solli 'ala Muhammad...

Friday, October 29, 2010

Fenomena Baharu Bakal Pengantin

Salam Semua.

November dan Disember, bulan-bulan yang sinonim dengan

majlis walimatul urus. Ramai yang akan menamatkan zaman

bujang sewaktu musim cuti sekolah ini. Tahniah cikgu

ucapkan kerana mengikut sunnah Rasul, bakal mendirikan

masjid dan bakal menyempurnakan separuh daripada agama.

Namun, cikgu ucapkan takziah kepada dua orang bakal

pengantin yang juga merupakan mangsa kemalangan bas ekspress Delima 10 Oktober lalu.

Mereka terpaksa menangguhkan majlis akibat tercedera dalam tragedi tersebut. Semoga tabah

menghadapi dugaan, cepat sembuh dan dapat melangsungkan perkahwinan secepat mungkin.

Cikgu dan semua orang faham dengan musibah yang menimpa. Apa yang menjadi tanda tanya

cikgu sekarang ialah penangguhan majlis walimah yang galak tercetus sekarang kerana bakal

pengantin hilang, sama ada menghilangkan diri atau 'dihilangkan' orang. Laporan media kerap

melaporkan kejadian seumpama ini sehingga seolah-olah ia menjadi satu fenomena baharu di

negara kita. Semua kes terjadi setelah segala persiapan majlis disediakan, termasuk

mengedarkan ribuan kad jemputan. Bayangkan perasaan ibu bapa dan keluarga yang terpaksa

menanggung kerugian wang ringgit. Malah maruah yang tercalar sukar untuk diubati dalam

jangka masa yang singkat. Sampai hati anak-anak remaja merobek hati orang tua sebegitu rupa.

Puncanya? Ada yang tidak bersetuju dengan pilihan ibu bapa. Cikgu rasa bimbang untuk

menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana situasi sebenarnya tidak dikaji secara terperinci.

Namun punca masalah perlu dikaji, jalan penyelesaian perlu digali supaya fenomena seperti ini

tidak menjadi wabak yang meroyak. Gejala sosial baharu yang perlu ditangani segera.

Bagaimanapun, masih ada sisa geram dan benci di hati cikgu terhadap pelakuan seorang anak

lelaki yang juga merupakan bakal pengantin yang tergamak menumbuk dan mencederakan

ibunya hanya kerana ibunya lambat menyediakan kelengkapan majlis perkahwinannya. Akan

bahagiakah hidup anak yang sedemikian sikapnya? Apa perasaan bakal isteri dan keluarga

mertuanya? Dunia sudah tua, anak menjadi tuan kepada ibunya. Nasihat cikgu, sematkan di

dada, "Redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa".

Thursday, October 21, 2010

Di mana Maruah Islam?

Salam semua.

Perasaan cikgu bercampur-aduk. Marah, sedih, terhina, kecewa, pilu, buntu, geram....
Kenapa ya? Sila lawati link ini untuk mengetahui mengapa perasaan cikgu bercelaru?