I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, October 12, 2010

Allah Maha Besar

Kita sering mendengar keluhan klise ini, "Wahai Allah, besarnya ujian ini", "Wahai Tuhan, besarnya masalah yang aku hadapi", dan seumpamanya. Keluhan seperti ini hanya akan mempengaruhi emosi dan psikologi seseorang, secara disedari atau sebaliknya. Adalah jauh lebih baik sekiranya kita membiasakan diri kita dengan kalimah ini, "Wahai ujian, Allah Maha Besar", "Wahai masalah, Allah Maha Besar." Secara tidak langsung, kita telah memotivasi diri supaya sentiasa ingat bahawa sebesar manapun ujian atau masalah, Allah itu Maha Besar, Bijaksana, Pengasih, Penyayang, kaya dengan segala jalan penyelesaian. Begitu juga dengan dosa, sebesar manapun dosa yang telah dilakukan, ingatlah kuasa pengampunan Allah lebih besar, malah lebih besar dari kemurkaan-Nya. Yang penting, kita kembali kepada-Nya. Ingatan untuk cikgu, anak-anak (termasuk anak didik) dan pengunjung blog, moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment