I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 2, 2012

Belajar Itu Ibadat


Macam biasa. Menjelang minggu peperiksaan, anak-anak didik cikgu menjadi mesra buku, mesra guru, mesra pusat sumber dan macam-macam mesra lagi. Ibu bapa, termasuk cikgu sendiri mula menunjukkan ketegasan dalam urusan pembelajaran anak-anak. Guru-guru termasuk cikgu sendiri mula memberikan soalan-soalan latihtubi berbentuk model peperiksaan sebenar. Kepentingan berada di mercu kecemerlangan diulang-ulang pada setiap kali perhimpunan dengan pelajar. Sasaran gred purata sekolah diterap dalam minda setiap warganya.
BELAJAR UNTUK HADAPI PEPERIKSAAN??? Di mana salah kita? Sejak kecil, cikgu sebagai murid, memang itulah yang cikgu faham (salah faham). Sekarang cikgu dah bergelar pengajar dan sudah hampir 20 tahun bergelumang dalam dunia pendidikan, cikgu masih tidak berhasil untuk menukarkan persepsi ini. Agak mencabar untuk menanamkan dalam minda setiap anak-anak bahawa BELAJAR ADALAH IBADAH, BUKAN SEKADAR UNTUK PEPERIKSAAN. BELAJAR AMALAN PARA NABI, BELAJAR AMALAN MULIA, BELAJAR MEMBUAHKAN PAHALA, BELAJAR MENAMBAH ILMU. ILMU MEMBEZAKAN DARJAT MANUSIA. DENGAN ILMU KITA AKAN LEBIH DEKAT DENGAN-NYA. CEMERLANG DUNIA CEMERLANG AKHIRAT.