I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, October 29, 2010

Fenomena Baharu Bakal Pengantin

Salam Semua.

November dan Disember, bulan-bulan yang sinonim dengan

majlis walimatul urus. Ramai yang akan menamatkan zaman

bujang sewaktu musim cuti sekolah ini. Tahniah cikgu

ucapkan kerana mengikut sunnah Rasul, bakal mendirikan

masjid dan bakal menyempurnakan separuh daripada agama.

Namun, cikgu ucapkan takziah kepada dua orang bakal

pengantin yang juga merupakan mangsa kemalangan bas ekspress Delima 10 Oktober lalu.

Mereka terpaksa menangguhkan majlis akibat tercedera dalam tragedi tersebut. Semoga tabah

menghadapi dugaan, cepat sembuh dan dapat melangsungkan perkahwinan secepat mungkin.

Cikgu dan semua orang faham dengan musibah yang menimpa. Apa yang menjadi tanda tanya

cikgu sekarang ialah penangguhan majlis walimah yang galak tercetus sekarang kerana bakal

pengantin hilang, sama ada menghilangkan diri atau 'dihilangkan' orang. Laporan media kerap

melaporkan kejadian seumpama ini sehingga seolah-olah ia menjadi satu fenomena baharu di

negara kita. Semua kes terjadi setelah segala persiapan majlis disediakan, termasuk

mengedarkan ribuan kad jemputan. Bayangkan perasaan ibu bapa dan keluarga yang terpaksa

menanggung kerugian wang ringgit. Malah maruah yang tercalar sukar untuk diubati dalam

jangka masa yang singkat. Sampai hati anak-anak remaja merobek hati orang tua sebegitu rupa.

Puncanya? Ada yang tidak bersetuju dengan pilihan ibu bapa. Cikgu rasa bimbang untuk

menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana situasi sebenarnya tidak dikaji secara terperinci.

Namun punca masalah perlu dikaji, jalan penyelesaian perlu digali supaya fenomena seperti ini

tidak menjadi wabak yang meroyak. Gejala sosial baharu yang perlu ditangani segera.

Bagaimanapun, masih ada sisa geram dan benci di hati cikgu terhadap pelakuan seorang anak

lelaki yang juga merupakan bakal pengantin yang tergamak menumbuk dan mencederakan

ibunya hanya kerana ibunya lambat menyediakan kelengkapan majlis perkahwinannya. Akan

bahagiakah hidup anak yang sedemikian sikapnya? Apa perasaan bakal isteri dan keluarga

mertuanya? Dunia sudah tua, anak menjadi tuan kepada ibunya. Nasihat cikgu, sematkan di

dada, "Redha Allah bergantung kepada redha ibu bapa".

Thursday, October 21, 2010

Di mana Maruah Islam?

Salam semua.

Perasaan cikgu bercampur-aduk. Marah, sedih, terhina, kecewa, pilu, buntu, geram....
Kenapa ya? Sila lawati link ini untuk mengetahui mengapa perasaan cikgu bercelaru?