I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 28, 2011

Allahumma solli 'ala Muhammad... Jom Sayang Nabi

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

Setiap kali Cikgu masuk ke kelas, pelajar Cikgu mengucapkan salam dan mengalunkan doa penerang hati dan diakhiri dengan selawat ke atas junjungan Rasul S.A.W. Segelintir anak didik Cikgu hanya mendiamkan diri serta berdiri sambil lewa ketika ibadat itu dilakukan. Mungkin telah dikategorikan sebagai adat atau rutin sebelum memulakan kelas.
Cikgu tidak senang hati dengan pelakuan begitu. Lantas Cikgu menegur lembut.

"Adakah masa yang lain yang kita peruntukkan untuk berselawat ke atas nabi, sedangkan amat besar pengorbanan nabi menyampaikan kalimah tauhid kepada kita?"

"Tidakkah anak-anak sedar bahawa sekali kita berselawat ke atas nabi, Allah dan para malaikat akan berselawat(mendoakan kebaikan) sepuluh kali kepada kita?"

"Tidakkah anak-anak sedar bahawa bilangan malaikat melebihi bilangan makhluk lain dan doa malaikat adalah doa daripada makhluk ciptaan Allah yang sangat taat beribadah."

"Tempat yang paling disukai malaikat adalah majlis-majlis ilmu, ramainya bilangan mereka yang mendoakan kita ketika itu, jadi berselawatlah."

"Antara umat yang akan mendapat syafaat nabi adalah mereka yang banyak berselawat ke atas baginda."

Jom Selawat. Allahumma solli 'ala Muhammad...